Pilih bahasa anda

penng2030

faq hubungi maklumbalas peta

Majlis Warisan Negeri Pulau Pinang

gambar majlis warisan

Fungsi Majlis Warisan Negeri Pulau Pinang

Fungsi Majlis Warisan Negeri Pulau Pinang adalah untuk -

(a) menasihati Pihak Berkuasa Negeri bagi apa–apa perkara yang berhubungan dengan pemeliharaan, pemuliharaan dan perlindungan warisan kebudayaan atau warisan semula jadi, dan perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan Enakmen ini; 

(b) mencadangkan pembentukan polisi berkenaan warisan kebudayaan atau warisan semula jadi kepada Pihak Berkuasa Negeri; 

(c) berunding dan menyelaras dengan Pesuruhjaya Warisan bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemeliharaan, pemuliharaan dan perlindungan warisan kebudayaan atau warisan semula jadi; 

(d) memantau dan menyelaras dengan pihak berkuasa perancang tempatan berhubung dengan rancangan pemajuan bagi tapak warisan; 

(e) memantau dan mencadang apa-apa penambahbaikan kepada garis panduan dan pelan pengurusan pemuliharaan Warisan Negeri;

(f) menjalankan apa-apa kajian atau penyelidikan berkenaan warisan kebudayaan dan warisan semula jadi; dan 

(g) melaksanakan apa-apa fungsi lain yang boleh diarah kepadanya oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk pelaksanaan wajar dan berkesan Enakmen ini bagi maksud pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan warisan kebudayaan atau warisan semula jadi.