faq hubungi maklumbalas peta

Warisan Kebudayaan Ketara

“termasuklah kawasan, monumen dan bangunan”

Warisan Kebudayaan Tidak Ketara

“termasuklah mana-mana bentuk ungkapan, bahasa, sebutan lidah, pepatah, lagu yang dihasilkan melalui muzik, not, lirik boleh didengar, nyanyian, lagu rakyat, tradisi lisan, puisi, muzik, tarian sebagaimana yang dihasilkan melalui seni pentas, persembahan teater, penggubahan bunyi dan muzik, seni mempertahankan diri, yang telah wujud atau wujud berhubung dengan warisan masyarakat negeri Pulau Pinang”

Warisan Semulajadi

“termasuklah ciri-ciri semula jadi mana-mana kawasan yang terdiri daripada pembentukan tanah secara fizikal atau biologi atau kumpulan pembentukan itu, ciri geologi atau fisiografi, gunung, sungai, anak sungai, pembentukan batu, pesisir pantai atau mana-mana tapak semula jadi yang mempunyai nilai yang menonjol dari pandangan semua jadi, sains, pemuliharaan sejarah atau keindahan semula jadi termasuklah flora dan fauna di negeri Pulau Pinang.

Perarakan Hari Kebangsaan Kali Ke 66

31 Ogos 2023, Stadium Negeri Batu Kawan - Kontinjen Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang selesai menyertai perarakan sempena Hari Kebangsaan kali ke -66. Kontinjen yang membawa moto 'Warisan Teras Jati Diri Rakyat Pulau Pinang' turut disokong oleh kekuatan ahli daripada kumpulan Boria Omara, Chingay dan juga Ghazal Parti menjadikan kekuatan kontinjen seramai 53 orang peserta.
Penonton turut disajikan dengan persembahan langsung kumpulan Chingay yang turut berlarak sambil membawa buluh menggunakan mulut, busana menarik kumpulan Boria dan juga alat muzik pelbagai jenis yang menjadi tunjang kumpulan Gahzal Parti. Kumpulan-kumpulan kesenian ini dibawa bersama sebagai simbolik awal kepada Warisan Pulau Pinang yang bakal dicalonkan sebagai Pencalonan Warisan Negeri.

Program Kesedaran Warisan Tidak Ketara (Intangible Cultural Heritage) Negeri Pulau Pinang

26 Ogos 2023-Penang Harmony Center, George Town - Telah berlangsung c dengan kerjasama Penang Harmony Corporation Sdn. Bhd.(HARMONICO). Tujuan utama Program Kesedaran Warisan Tidak Ketara Negeri Pulau Pinang ini adalah untuk penyelidikan, pendokumentasian dan penyediaan dokumen pencalonan bagi mendaftar warisan tersebut sebagai Warisan Negeri, Warisan Kebangsaan dan Warisan Dunia UNESCO.

Sambutan Harmoni Pulau Pinang (Harmony Celebration)

19 September 2023- Penang Harmony Center - Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri telah dijemput oleh Penang Harmony Corporation (HARMONICO) untuk turut serta dalam Sambutan Harmoni Pulau Pinang (Harmony Celebration) bermula pada 31 Ogos sehingga 21 September 2023.

Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri telah mengendalikan beberapa jenis permainan warisan di dalam Sambutan Harmoni Pulau Pinang berkenaan. Aktiviti permainan warisan ini telah diadakan pada hujung minggu iaitu 9 dan 10 September 2023 (Sabtu dan Ahad) serta 16 dan 17 September 2023 (Sabtu dan Ahad) bertempat di Pusat Harmoni Pulau Pinang, Jalan Scotland, Pulau Pinang.
Pentadbiran ini telah membawa permainan warisan anjung iaitu congkak, batu seremban, pachikala ata (permainan komuniti Telegu) dan permainan laman seperti lompat getah, terompah tempurung kelapa (tapak gajah) dan gasing.


Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang
Tingkat 18, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), 
10000 George Town Pulau Pinang.

No. Tel: 04-6505764/04-6505766
Emel:  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

   crest1     

PETA LAMAN  | DASAR PRIVASI DAN KESELAMATAN | SOALAN LAZIM | PENAFIAN
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome, Internet Explorer 9 ke atas dan Mozilla Firefox 3.5 dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels