faq hubungi maklumbalas peta

Majlis Warisan Negeri Pulau Pinang

gambar majlis warisan

Fungsi Majlis Warisan Negeri Pulau Pinang adalah untuk -

(a) menasihati Pihak Berkuasa Negeri bagi apa‚Äďapa perkara yang berhubungan dengan pemeliharaan, pemuliharaan dan perlindungan warisan kebudayaan atau warisan semula jadi, dan perkara yang berhubungan dengan pelaksanaan Enakmen ini; 

(b) mencadangkan pembentukan polisi berkenaan warisan kebudayaan atau warisan semula jadi kepada Pihak Berkuasa Negeri; 

 (c) berunding dan menyelaras dengan Pesuruhjaya Warisan bagi apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemeliharaan, pemuliharaan dan perlindungan warisan kebudayaan atau warisan semula jadi; 

(d) memantau dan menyelaras dengan pihak berkuasa perancang tempatan berhubung dengan rancangan pemajuan bagi tapak warisan; 

(e) memantau dan mencadang apa-apa penambahbaikan kepada garis panduan dan pelan pengurusan pemuliharaan Warisan Negeri;

(f) menjalankan apa-apa kajian atau penyelidikan berkenaan warisan kebudayaan dan warisan semula jadi; dan 

(g) melaksanakan apa-apa fungsi lain yang boleh diarah kepadanya oleh Pihak Berkuasa Negeri untuk pelaksanaan wajar dan berkesan Enakmen ini bagi maksud pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan warisan kebudayaan atau warisan semula jadi.

 


Pejabat Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang
Tingkat 18, Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), 
10000 George Town Pulau Pinang.

No. Tel: 04-6505764/04-6505766
Emel:  This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

   crest1     

PETA LAMAN  | DASAR PRIVASI DAN KESELAMATAN | SOALAN LAZIM | PENAFIAN
Paparan terbaik menggunakan Google Chrome, Internet Explorer 9 ke atas dan Mozilla Firefox 3.5 dengan resolusi melebihi 1024 x 768 pixels