Fungsi Pesuruhjaya Warisan Negeri Pulau Pinang
1.Memastikan bahawa Enakmen Warisan Negeri Pulau Pinang 2011 ditakbirkan, dikuatkuasakan, diberi kuat kuasa, dijalankan dan dipatuhi;
2.Mengisytiharkan apa-apa warisan kebudayaan dan warisan semula jadi sebagai Warisan Negeri;
3.Menyelaras dengan Majlis Warisan Negeri Pulau Pinang berhubung dengan pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan warisan;
4.Menasihati Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, mana-mana badan atau agensi lain berhubung dengan pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan warisan;
5.Mewujud dan menyelenggara Daftar Warisan Negeri;
6.Menggalakkan dan memudahkan apa-apa penyelidikan yang berhubungan dengan warisan;
7.Mengawasi dan menyelia proses pemeliharaan dan pemuliharaan Warisan Negeri;
8.Menganjurkan program, pameran dan promosi pelancongan berhubung dengan pemeliharaan dan pemuliharaan Warisan Negeri;
9.Menyediakan atau mengeluarkan dasar, garis panduan atau arahan berhubung dengan pengurusan, pemeliharaan dan pemuliharaan warisan dan hendaklah selaras dengan dasar dan arahan Pesuruhjaya Warisan; dan
10.Melaksanakan apa-apa fungsi lain sebagaimana yang diarahkan oleh Pihak Berkuasa Negeri dari masa ke semasa.