Tapak Warisan Dunia (TWD)
Tapak Warisan Dunia (TWD) George Town terletak di Bandar George Town, Daerah Timur Laut dengan keluasan 262.15 hektar. TWD George Town terletak di bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan juga di dalam Konurbasi Pulau Pinang dan Wilayah Ekonomi Koridor Utara. TWD George Town terbahagi kepada dua (2) zon warisan iaitu Zon Teras seluas 111.98 hektar (42.72%) dan Zon Penampan seluas 150.17 hektar (57.28%).