Kriteria bagi Perisytiharan Tapak Warisan
(a) kepentingan sejarah atau hubungan antara warisan kebudayaan ketara atau tapak warisan semula jadi dengan warisan Negeri Pulau Pinang yang menggambarkan aspek penting masyarakat, ekonomi, budaya, sejarah, alam semula jadi, sains, agama, reka bentuk dan ciri-ciri estetik atau personaliti sejarah terkemuka;
(b) reka bentuk warisan kebudayaan ketara yang mempunyai nilai-nilai estetik dalam bentuk seni bina, gaya, fabrik, hiasan atau ketukangan secara intrinsik;
(c) pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal yang mempamerkan contoh penting mengenai jenis dan teknik bangunan tertentu di Negeri Pulau Pinang;
(d) kepentingan ikatan sosial atau budaya masyarakat, komuniti, bangsa atau etnik;
(e) potensi untuk mendidik, menggambarkan atau menyediakan penyiasatan saintifik lanjut berkaitan dengan warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi di Negeri Pulau Pinang;
(f) kepentingan dalam mempamerkan suatu kekayaan, kepelbagaian atau integrasi luar biasa bagi ciri-ciri;
(g) keistimewaan atau keunikan warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi;
(h) nilai kumpulan suatu kelompok bangunan yang kepentingannya memenuhi mana-mana kriteria di atas;
(i) perwakilan sifat suatu warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi sebagai sebahagian daripada suatu kelas atau jenis warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi; atau
(j) apa-apa perkara lain yang relevan dalam menentukan kepentingan suatu warisan kebudayaan ketara atau warisan semula jadi.